Rabu, 1 April 2009

Rekreasi Kesihatan






KHAZANAH GADEK ........

Kapal Dagang Dari Seberang
Sarat Muatan Kayu Meranti
Dari Jauh Tuan Datang
Warga Gadek Sedia Menanti



Kolam Air Panas Gadek

Kolam Air Panas Gadek terletak di daerah Alor Gajah Melaka dan sesuai dilawati jika anda berkunjung ke A-Famosa Resort atau dalam perjalanan ke pekan Tampin atau Alor Gajah.Jaraknya dari A-Famosa Resort adalah kira-kira 10 minit perjalanan memandu manakala dari bandaraya Melaka kira-kira 30 km .Menurut sejarah , sumber air panas ini dijumpai oleh orang British dan kemudian ditemui oleh orang kampung yang melihat ramai tentera British mendiami kawasan sekitarnya.

Sumber air panas di Gadek dikatakan mampu mengubati beberapa jenis penyakit kulit.Suhu air panas di sini mempunyai purata 56 darjah calcius dan boleh digunakan sebagai alternatif untuk merebus telur sekiranya tong Petronas di dapur sudah kehabisan .

Kolom Air Panas Gadek ini juga kini telah dinaik taraf dan diubahsuai serta dilengkapi dengan kemudahan persalinan , restoren dan juga taman permainan.















































Tiada ulasan:

Catat Komen